mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Ezra Losmin (Q2-2018)

BELAJAR APLIKASI BERASASKAN PEMBELAJARAN DALAM INTERNET

Nama : EZRA LOSMIN
Umur : 16 tahun
Ahli : 2015

Latar belakang

Ezra Losmin merupakan pelajar di SMK Kanibongan Pitas dan sekarang menuntut dalam tingkatan 4. Sejak Pembukaan PI, dia aktif mengikuti kelas latihan dan akan mengunjungi PI untuk membaca blog dan permainan berasaskan pendidikan. Subjek yang digemari ialah Matematik

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas telah memberi panduan kepada peserta melayari web berasaskan pendidikan, perisian seperti Microsoft Word dan aplikasi pembelajaran. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI, adik Ezra sudah cekap menggunakan komputer/internet. Kini, Adik Ezra Losmin dapat menggunakan komputer tanpa pengawasan yang kerap oleh petugas.