mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pelancongan

 

Pulau Supirak

 

Jeti Kampung Malubang ke supirak

Nama Nahkoda Supirak masih terlalu asing bagi penduduk di luar daerah, tetapi bagi penduduk Kampung Malubang dan kebanyakan masyarakat di daerah Pitas (Sabah), mereka bukan sahaja dapat menunjukkan di mana terletaknya Pulau Supirak, tetapi juga pastinya dapat menceritakan kisah bagaimana asal-usul kejadian pulau yang menyerupai kapal itu. Apa tidaknya, kisah Nahkoda Supirak dan kapalnya yang sama seperti kisah si Tanggang itu sudahpun wujud sejak sekian lama.

Menurut cerita penduduk Kampung Malubang, pulau ini sebenarnya adalah sebuah kapal besar milik Nahkoda Supirak. Namun akibat sumpahan kerana menderhaka kepada ibunya, dia, awak-awak dan juga kapalnya telah bertukar menjadi batu. Pendek kata, kisah Supirak tidak jauh berbeza dengan kisah si Tanggang. Cuma tempat dan nama sahaja yang membezakannya.
 
 
(sumber: K.Salleh Blog)
 
 
 
Dataran Bengkoka Pitas
 
Dataran Bangkoka terletak di daerah pitas dengan jarak 31 km dari bandaraya Kota Kinabalu.Dataran Bengkoka merupakan lokasi bagi meraikan Pesta Bengkoka dan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang jalankan melibatkan komuniti dari sekitar kawasan dearah Pitas seperti aktiviti memancing, pesta perahu berhias, pakaian berhias dan sebagainya.
 
Kemudahan-kemudahan yang ada di Dataran Bangkoka adalah:
 
Dewan terbuka
 
Dewan terbuka ini adalah tempat bagi mengadakan pesta menuai tahunan bagi daerah pitas dan juga pesta Bangkoka.Selain daripada pesta Bangkoka,terdapat juga acara dan sambutan lain seperti sambutan Demi Negara yang berlangsung pada bulan september yang lalu.Dewan terbuka ini juga sesuai untuk disewa bagi tujuan perkhawinan kerana ia terletak di tepi Laut .
 
Restoran (Indah chalet and restoran)
 
Restoran yang terdapat di sini merupakan restoran pengusaha tempatan.Oleh hal yang demikian ia sangat sesuai kepada pelancong yang ingin mencuba makanan tempatan.Selain daripada itu restoran ini juga menyediakan hidangan makanan laut yang segar .
 
Chalet atas air (Indah Chalet and Restoran)
 
Jika anda menginginkan susana tenang dan nyaman silalah berkunjung ke chalet atas air di dataran Bangkoka ini.Hal ini demikian kerana tempat ini terletak di tepi laut .Alunan ombak dan kicauan burung pada pagi dan petang hari pasti memberikan pengalaman baru yang menarik kepada anda dan keluarga. Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah memencing dan BBQ.
 
 
 
 
Air Terjun Kg.Bongkol
 
Kampung Bongkol merupakan salah satu kampung yang terletak didaerah Pitas. Jarak daripada Pekan Pitas 21KM sahaja. Majoriti masyarakat dikampung ini berbangsa rungus. Selain itu terdapat juga bangsa-bangsa yang lain seprti kaum sungai, suluk dan lain-lain lagi.