TADAU SUNI VAGU RUNGUS
Tadau Suni Vagu Rungus merupakan perogram yang dianjurkan oleh Persatuan Rungus Pitas yang bertujuan untuk mempromosikan budaya dan kaum Rungus kepada kawasan sekitar khususnya di bahagian Pitas. Pusat Internet 1 Malaysia zon pitas juga turut mengambil peluang untuk berkerjasama dalam program tersebut untuk mempromosikan Pusat Internet kepada pengunjung program tersebut yang diadakan di Kanibongan, Pitas.
Kaunter pendaftaran Pusat Internet 1 Malaysia

Sumbangan TV Toshiba Kepada Persatuan Rungus Pitas
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI SK. MANGKAPON PITAS
Pusat internet 1 Malaysia Kg. Manduring telah berkerjasama dengan PI1M Kg. Bongol Pitas untuk mengadakan program Klik Dengan Bijak di sekolah Kebangsaan Mangkapon pitas pada 27 October 2015. Tujuan program tersebut ialah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah tentang etika menggunakan internet memandangkan semua goloongan pada masa kini telah terdedah kepada pengalaman akses internet sama ada melalui telefon pintar atau Komputer. Selain daripada ceramah Kilik Dengan Bijak, terdapat juga permainan KDB yang dijalankan yang dijalankan untuk menguji minda peserta serta memupuk kerjasama berkumpulan setiap peserta dan banyak lagi aktiviti lain yang bersesuaian mengikut tahap atau darjah pelajar di Sk. Mangkapon.



