mcmc
Galeri

Berita Setempat

PUSAT INTERNET KAMPUNG MANDURING,23.1.2017,Isnin:-BANJIR DI KAMPUNG MANDURING DAN KAWASAN SEKITARNYA

Hujan yang berterusan selama  hari bermula pada 16.1.2017 sehingga 22 januari,menyebabkan sungai-sungai di kampung manduring dan kawasan sekitarnya melimpah keluar dan menyebabkan banjir.Antara kawasan yang terjejas teruk oleh banjir adalah,kampung narandang (jalan putus ditenggalami air banjir),kampung manduring(jambatan kampung manduring dan kawasan hadapan pusat internet satu malaysia ),kampung sulakolung(jambatan kampung sulakolung dan simpangan ke tapak perasmian LIGS),Kampung masin iaitu di kawasan jambatan dan sepanjang 1 kilometer dari jambatan ditenggelami banjir.Banjir yang melanda menyebabkan penduduk kampung terpaksa berkurung di rumah kerana tidak dapat menjalankan aktiviti seperti menoreh getah ,bersawah dan menangkap ikan.Namun demikian penduduk kampung masih selamat dan tidak dipindahkan ke pusat pemindahan banjir kerana kawasan perumahan penduduk kampung berada di tempat tinggi dan segilintir yang berada di kawasan banjir masih selamat dari paras bahaya.Namun demikian penduduk kampung masih merasai kesan buruk banjir ini kerana jalanraya untuk keluar ke pekan terputus selama hampir dua minggu.Keadaan ini menyebabkan penduduk kampung kehabisan bekalan makanan.