mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Cik. Audry Moruwi (Q1-2018)

USAHAWAN KECIL BARANGAN KECANTIKAN

Nama : CIK. AUDRY MORUWI
Umur : 24
Ahli : 2016

Latar belakang

Cik.Audry Moruwi merupakan usahawan kecantikan,Bekas Garaduan UMS dan pengasas DOLE’NIE Timeless Beauty.Berasal dari Kampung Manduring.Kanibongan Pitas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Audry merupankan usahawan kecil yang hanya memulakan perniagaannya di rumah sahaja. Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan aset yang perlu dijual/disewa melalui risalah dan lain-lain pengiklanan kovensional. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke PI Kg.Manduring bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di PI Kg.Manduring, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Cik Audry tetap berkunjung ke mini PI Kg.Manduring bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusan perniagaannya.