mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Cik. Fifiana Jipun (Q3-2019)

70397831 375921089964246 430835402186686464 n

USAHAWAN KECIL DROPSHIP BARANGAN KESIHATAN KULIT

Nama : FIFIANA JIPUN
Umur : 27
Ahli : 2019

Latar belakang

Cik Fifiana Jipun merupakan seorang usahawan Dropship barangan kecantikan wanita dan produk kesihatan . Selepas menghabiskan pelajaran di tingkatan 6, Cik Fifiana telah berjinak-jinak dalam perniagaan ini..Kini beliau telah sepenuh masa berkecimpung dalam perniagaan ini

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • sebelum menghadiri kelas asas komputer dan asas keusahawanan,pengetahuan saya dalam bidang ini kurang mendalam kerana saya tertumpu kepada apa yang saya pelajari sendiri tanpa bimbingan daripada pihak yang bertauliah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • setelah menghadiri kelas tersebut, saya mengetahui dan belajar menggunakan komputer dan mengenal apa itu internet dalam kehidupan saya .
  • di sini saya dapat menggunakan internet dalam kehidupan saya sebagai “guru” saya dalam mencari idea baru bagi menambahkan ilmu berkaitan perniagaan mengikut trend semasa.
  • Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Manduring, beliau kini telah dapat mempelbagaikan Teknik pemasaran  dalam talian . Pelanggan nya jugak kini bukan sahaja daripada dalam daerah pitas sendiri tetapi telah sampai ke daerah-daerah lain.

Apa yang dipelajari melalui PI

       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB .

       Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

       Mempelajari cara mengedit gambar iklan produk

       Mempelajari asas penghasilan video

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

       PI membantu mempromosikan produk

       Memberi kelas latihan ICT dan asas keusahawanan .

       Memperkenalkan system Dashboard untuk membantu mempromosikan produk .