mcmc
Makanan

Makanan

Majoriti penduduk Kg. Manduring dan kampung sekitarnya adalah dari suku kaum Rungus yang masih lagi memelihara adat dan budaya kaum Rungus. Bercakap pasal makanan, suku kaum Rungus mempunyai pelbagai jenis makanan dan masakan tradisional yang mempunyai keunikannya sendiri. antaranya ialah;

1. Bintanok. merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada biji jagung yang diparut halus. Tepung yang terhasil dari biji jagung itu kemudian diadun dan ditambahkan dengan gula dan dibalut dengan kulit luar jagung sebelum dimasak. Kuih ini boleh dikatakan kuih bermusim pada masa dahulu kerana ia hanya dibuat pada masa musim menuai jagung iaitu diantara bulan November sehingga Disember.

2. Linugu Soguntung (Terung Bakar) . Masakan ini sangat popular dikalangan masyarakat Rungus terutamanya bagi mereka yang masih mengusahakan ladang padi kerana ia mudah disediakan dan rasanya juga sangat sedap. Hal ini demikian kerana pada masa dahulu orang-orang yang mengusahakan ladang akan menanam terung,selasih dan sejenis herba seperti daun kucai yang disebut sebagai ganda oleh masyarakat tempatan di sekitar pondok (sulap).Masakan ini selalunya dicampurkan dengan daun spicy globe basil,ganda dan ikan kering bakar.