mcmc
Maklumat NADi

Maklumat PI

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBRAN MAKLUMAT NASIONAL (NADi) KAMPUNG MANDURING

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADi) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan .
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADi) menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
NADi Kampung Manduring telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2015. Ramai telah mendaftar diri sebagai ahli dengan NADi  bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
 

  AHLI LAMA

320

  AHLI BARU BULAN JAN-OGOS 2023

80
  KESELURUHAN PADA MAY 2024 408

 

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADi)
1. Apakah peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADi)?
● Peranan NADi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;

o menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan
kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.
o masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan
berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah
kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang
menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu
pengetahuan digital.
o meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah
meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan
dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.
o membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan
teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan
perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
● Fokus NADi tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan
pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui
kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta.
● Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di NADi
supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh
memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan
mereka melalui aktiviti ekonomi digital.

2. Berapakah jumlah NADi yang ada di seluruh negara ketika ini?
● Sebanyak 873 NADi sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai

Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar. Setiap NADi
dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital
serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang
diperlukan oleh komuniti setempat. NADi juga mempunyai akses kepada
pelbagai aktiviti pasaran, latihan dan pemerkasaan dari pihak agensi
kerajaan lain dan swasta.
● 37 NADi baharu akan dibuka pada suku pertama tahun 2022.
● Sementara sebanyak 173 NADi akan ditubuhkan di bawah matlamat 1 Dewan
Undangan Negeri (DUN) 1 NADi. NADi ini dijangka siap sepenuhnya dan
beroperasi pada penhujung Disember 2022.
● Ini menjadikan sebanyak 1,083 NADi beroperasi di seluruh negara.
3. Apakah antara penambahbaikan yang dapat dilihat kepada NADi?
● Menerusi transformasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADi) ini
terdapat lima (5) inisiatif transformasi yang akan dilaksanakan bagi
merealisasikan aspirasi pendigitalan ekonomi negara iaitu:
a. Pertamanya, menaik taraf kepada NADi yang akan meningkatkan aktiviti
Latihan dan bimbingan bagi usahawan mikro,
b. Keduanya, penubuhan Panel Penasihat yang terdiri dari masyarakat
setempat di setiap NADi bagi menasihatkan, merancang pelbagai program
dan menarik mesyarakat setempat untuk memanfaatkan masyarakat
setempat;
c. Ketiganya, setiap NADi akan mempunyai IKON Usahawan NADi dari
kalangan usahawan setempat yang telah berjaya yang akan membantu
dan memberi inspirasi kepada usahawan mikro tempatan;
d. Keempatnya, 600 Rakan Digital NADi akan dilantik di 600 NADi terpilih
bagi turut membantu memberi matlumat , melatih
dan membangunkan usahawan mikro NADi; dan

e. Kelima, program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang
dilaksanakan hasil usaha sama bersama pelbagai agensi kerajaan dan
swasta demi membantu pembangunan usahawan mikro tempatan di
NADi bagi mencapai pasaran yang lebih besar.
4. Apakah bentuk latihan atau kursus yang ditawarkan di NADi?
● Setiap NADi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:

o latihan ICT,
o latihan keusahawanan,
o latihan multimedia,
o e-pembelajaran,
o latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan
modul lain yang penting bagi usahawan mikro; dan
o program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah
meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.
● Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk
menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi
kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON
dan Shopee. Senarai ini akan ditambah baik dengan penglibatan yang lebih
dari agensi serta swasta.
5. Bagaimana kita dapat memastikan objektif pembangunan NADi dapat
dicapai dengan efektif?
● Bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi peranan Pi sebagai

pusat pendigitalan dan tumpuan komuniti setempat, sebuah jawatankuasa
yang dikenali sebagai Panel Penasihat NADi diwujudkan di semua NADi di
seluruh negara. Objektif utama Panel Penasihat NADi adalah untuk
menggalak dan memberi peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan
(stakeholders) dalam kalangan komuniti setempat untuk melibatkan diri
dalam aktiviti berkaitan NADi serta menarik masyarakat setempat untuk
mengguna pakai sepenuhnya perkhidmatan dan aktiviti di NADi tersebut.

● Antara tugas dan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh Panel Penasihat/NADi
adalah membantu dalam memastikan NADi mendapat sambutan komuniti
setempat, merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti promosi, sosial dan
ekonomi berkaitan NADi. Memberi sokongan dan melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti dan program yang dijalankan di NADi bagi mendapatkan
maklumat berkaitan masalah-masalah sosioekonomi masyarakat setempat
dan bekerjasama antara masyarakat setempat dan pihak-pihak yang terlibat
dalam usaha menangani masalah tersebut. Berkolaborasi dengan NGO,
kumpulan sukarelawan, persatuan dan pertubuhan dalam pelaksanaan
aktiviti dan program di NADi, serta membantu dalam penyaluran

maklumatmaklumat yang tepat berkaitan aktiviti, program dan pelbagai perkhidmatan
yang ditawarkan di NADi kepada kumpulan sasar dan masyarakat.
6. Apakah peranan Rakan Digital NADi?
● Seramai 600 Rakan Digital NADi akan dilantik dan ditugaskan untuk

menjalankan program-program yang dianjurkan oleh pelbagai agensi
kerajaan dan swasta. Ini adalah tambahan tenaga kerja ke NADi tersebut yang
pada hakikinya mempunyai Pengurus dan Penolong Pengurus.
● Rakan Digital NADi akan menjalankan pelbagai latihan, akan menjadi
penasihat kepada usahawan mikro serta akan membimbing mereka ke arah
ekonomi digital. Mereka turut akan membantu usahawan tersebut untuk
mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi tertentu, jika
diperlukan.
7. Apakah peranan Ikon Usahawan NADi?
● Usaha memperkasakan usahawan setempat ia akan disokong oleh Ikon
Usahawan NADi
iaitu usahawan kecil dari masyarakat setempat yang telah

berjaya agar dapat memberi motivasi dan menyemarakkan semangat
kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.

● Sebagai contoh Puan Normala di NADi Kg. Durian Tawara, Bera, Pahang yang
dikenali oleh masyarakat setempat. Ini secara langsung memberi akses untuk
usahawan lain berinteraksi untuk mendalami pendekatan yang boleh
memberi kejayaan kepada usaha mereka sendiri.
8. Apakah usaha yang akan diambil oleh NADi untuk memperkasakan
usahawan luar bandar dan miskin bandar?
● NADi akan menganjurkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan

Kecil yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC) dengan kerjasama beberapa agensi Kerajaan dan swasta.
● Pelbagai program keusahawanan diketengahkan bagi membantu usahawan
kecil menjalankan perniagaan secara dalam talian melalui platform edagang,

memahami kebolehpasaran produk, khidmat dalam strategi
penjenamaan, pemasaran, pembungkusan dan sebagainya.
● Program ini bermatlamat untuk mendorong 800,000 usahawan kecil beralih
kepada pendigitalan menjelang tahun 2025.
● Melalui program berkenaan, ia diharap dapat meningkatkan pengeluaran
dan produktiviti yang akan menjana keuntungan, mengekalkan perniagaan
serta pekerjaan sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat
Malaysia.
9. Apakah usaha ini dipantau?
● Kesemua aktiviti akan dipantau impaknya. Impak adalah dari segi

peningkatan pendapatan oleh usahawan mikro yang telah menjalani
bimbingan dan Latihan di NADi.
● Adalah disasarkan agar purata peningkatan usahawan mikro adalah
sebanyak tidak kurang dari 30% berbanding dengan pendapatan sebelum
memasuki Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil.
● Melalui pemantauan yang rapi ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (MCMC) dapat bertindak tangkas bersama agensi

kerajaan lain serta pihak swasta untuk memperkemaskan aktiviti agar lebih
mantap dan sesuai bagi usahawan mikro.
Soalan-soalan lazim ini dikemas kini pada 14 September 2023 dan tertakluk kepada
perubahan dari semasa ke semasa. Sila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masingmasing untuk mendapatkan maklumat terkini.


Disediakan oleh:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)