Projek Persatuan Wanita Kg Narandang
Kampung Narandang merupakan kampung yang berjiran dengan Kg Manduring ,kg ini mempunyai persatuan wanita yang aktif melakukan aktiviti ‘manahi ” iaitu projek membuat Sigal(Tanjak) suku kaum Rungus.Proses ini melibatkan 4 kumpulan.Setiap kumpulan diberikan satu kain,corak dan benang sulam.Setiap kumpulan melibatkan 8-12 orang dan projek ini dijangka memakan masa 3 bulan untuk menyiapkan sehelai sigal ,bergantung kepada corak sigal yang ingin dibuat.Hal ini demikian kerana,setiap sigal mempuunyai corak yang berlainan dan kessukaran menyulam yang berlainan kerana corak yang berlainan dan rumit memerlukan ketelitian yang tinggi di kalangan ahli kumpulan wanita ini.Projjek menyulam sigal ini merupakan salah satu ikhtiar persatuan wanita ini untuk menambah pendapatan kerana sehelai Sigal yang telah siap boleh diijual dengan harga yang tinggi sehingga mencecah harga Rm1500.00 .Selain daripada itu aktiviti ini juga merupakan salah satu cara untuk menyambung warisan turun temurun suku kaum rungus iaitu menyulam Siggal(Tanjak) yang sememengnya dilakukan oleh kaum wanita sejak zaman dahulu.Kemahiran menyulam Tanjak ini tidak diwarisi oleh golongan muda dan semakin pupus serta dilupakan.Langkah yang diambil oleh persatuan wanita ini merupakan salah satu cara untuk menyuburkan minat membuat pakaian tradisional suku kaum rungus di kalangan belia selain dijadikan sebagai punca menambah pendapatan.