Kampung Manduring terletak 45 KM dari pekan Pitas, Utara Sabah dan merupakan perkampungan bagi suku kaum Rungus . Kg. Manduring meliputi kawasan seluas 2390 Ekar dan berada di antara Kg. Simpang dan Kg. Simpang Empat selepas berlakunya persempadanan semula penempatan. Namun begitu, hubungan atara ketiga-tiga kampung ini sangat baik kerana berkongsi pusat sosial yang sama seperti padang permainan, dewan serbaguna mahupun pusat keagamaan.
Asal usul nama kampung ini didapati daripada spesis pokok palma Cyrtostachys lakka atau dalam bahasa suku kaum Rungus dipanggil pokok Manduring yang banyak tumbuh di tebing sungai yang kini dikenali sebagai Sungai Manduring. Spesis pokok ini tumbuh dengan banyak di tebing sungai Manduring berbanding dengan sungai-sungai yang berada di sekitarnya.
Asalnya, tempat ini bukannlah sebuah penempatan yang tetap bagi masyarakat pada masa itu memandangkan masyarakat Rungus pada dahulunya suka hidup berpindah randah untuk menoroka kawasan baru yang sesuai dijadikan untuk tujuan pertanian (Padi Bukit). Masyarakat pada masa itu hanya datang ke kawasan ini untuk menangkap ikan di sungai dan mereka merujuk tempat itu berdasarkan apa yang menonjol dan mudah diingati di tempat itu iaitu Manduring sempena nama pokok Manduring yang banyak terdapat di tebing sungai itu.
Apabila masyarakat pada masa itu menerima kemajuan dan tertarik dengan pemilikan sesebuah kawasan maka nama tempat itu dikekalkan kepada Manduring atau Kampung Manduring sehingga sekarang.
